hiKayaT 10o1 macaM maHliGai 2 cekaL
Sabtu, 17 September 2011 | 9:37 PG | 0 comments
*P*ada zaman kerajaan kayangan , terhikayatlah (bukan Hikayat Merong Mahawangsa ya) sebuah mahligai yang telah dibina ditempat yang `strategik' iaitu dilangit keempat sekali (penat cek naik tangge) mahligai ini didiami oleh bidadara dan bidadari yang sememangnya hensem dan cun2 belaka yang tidak dapat disangkal lagi kesahihannya (ada bantahan ?) . mahligai ini berpermaisurikan Puan Norhanani yang sememangnya tegas dan caring dalam membina mahligai ini agar terkenal di mata dunia kayangan . adapun mahligai ini diterajui oleh Puteri Sharon Chang dengan arahan daripada permaisuri Pn Norhanani . puteri Sharon yang manis berkaca mata dan manja (semacam jea bunyi) dibantu oleh seorang putera iaitu putera Zainul yang sentiasa berdating dengan dayang Farissya (dayang jea) di tempat duduk hadapan (p/s : nasib tuan punyer kerusi larh ea) maka perlularh diperkenalkan lagi penghuni tetap mahligai ini iaitu bidadari Haida yang bergelar `PRINCESS' telahpun dilantik menjadi penghuluwati pengutip cukai daripada para penghuni mahligai ini . duit , duit , duit dan duit lagi . terdapatlarh pula pengawal kebersihan bagi bidadara dan bidadari di mahligai ini agar mereka sentiasa kelihatan anggun dan berseri-seri iaitu bidadari Fathihah da seorang pengawal keceriaan iaitu bidadara Akim .
mahligai ini juga dihuni oleh dua orang dayang yang sentiasa beradu di dalam balai seri (mengantuk sebab malam2 gayut nan bf , ehh silap . ta pown on9 memanjang) ketika permaisurinya sedang bertitah di hapadan iaitu dayang Aimi dan Syafiqah . berlainan sekali dengan dayang Fatin , Anis dan Fazlin yang memberikan sepenuh perhatian terhadap titah tersebut (biasa larh , budak rajin) . di singgahsana sambil menunggu permaisuri Pn Norhanani menghabiskan titahnya , dayang Arvinder dan Salvinder akan tersenyum sendirian . mungkin mahu menunjukkan bahawa merekalah kembar paling comel dalam mahligai tersebut .
menjaga pintu masuk laluan mahligai ini ialah hulubalang Syafiq yang sentiasa tersengih-sengih dan kadang-kadang agak garang (niat sebenar nak jadi macam ahli wrestling...tuiih) ,bersebelahan hulubalang Syafiq ialah dayang Kalaiarasee yang mempunyai sifat keibuan (untung sape dapat kaw) . diterbangkan pula hulubalang-hulubalang yang belot terhadap kerajaan (kerana selalu buad hal dlam kelas) iaitu hulubalang Adam , Choong , Wan , GB , dan Liew (da masuk buku rekod baru rety na tobat ea ?)
diperkenalkan pula hulubalang kesayangan dan sering membuat mahligai ini ceria denagn celoteh-celoteh mereka iaitu Farah dan Saleh (ada jodoh boleyh kawen meyh) . disertakan Aliff yang berangan ingin menjadi pujaan Malaya . menurut tilikan ahli nujum Mak Nana yang gila-gila dalam mahligai itu , akan lahir seorang puteri yang bernama Winnie (not the Pooh) daripada pasangan Non dan Sharon yang akan dibenci oleh penghuni mahligai kerana kepandaiannya (macam sinderella pulakks)
bertandang pula ke tempat bersemanyam dayang paling cantik dan ada ciri-ciri seorang model (jelesh makk) iaitu Daphne dan juga dayang yang paling sempoi iaitu Nabela dan hulubalang yang kurang hormon perasaan iaitu hulubalang Ayap . di mahligai ini terdapat penghibur a.k.a David Blaine iaitu hulubalang Faizul yang membuat semua orang teruja melihat helah dengan `magic'nya (semua helah Fassya tawu n bese tlg kantoikan) . terdapat 2 orang lagi penghibur iaitu Abg Cik dan Kines (sebab jadi hantu time hari karnival SHAH cameron) . terdapat juga hulubalang yang ala-ala Salmon Khan dan Shah Rukh Khan iaitu Kogu dan John (hero kelas larh katekan)
dayang Najwa (not Najwa Latiff but Najwa Sabri) yang mempunyai wajah yang cantik dan jelingan yang tajam sehingga ramai yang mengelarnya susuk . jika sesiapa terlihat dayang Najwa , pasti hatinya akan cair ( macam coklat yang aku letak atas kuali panash) . tapi , maaflah . dayang ini sudah dimiliki .
maka tamatlah sudah hikayat 10o1 macaM maHliGai 2 cekaL ini . penghuni mahligai ini mempunyai 1 matlamat yang sama ingin berjaya dalam PMR dan SPM pada masa akan datang . akhir kalam, ampun dan maaf dipohoni andai kata terdapat perkara yang menyinggung dan menyepak perasaan bidadara dan bidadari di mahligai ini . anggaplarh ini sebagai hiburan semata-mata sebelum kita meninggalkan mahligai yang serba indah ini
(cess ayt copy paste kakak aren pnyer dlam mjalah ckola , maklumlarh . da taderk kojew na uad)
-------------------------------------tHe eNd----------------------------------------